Putik-Putik Cinta

ISBN: 9789670870823
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,Anaasa Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Nur Auni, cerita hidupnya tidak seindah insan lain. Walaupun lahir daripada keluarga yang berada, tetapi hidupnya ibarat melukut di tepi gantang. Bukan dia yang menyisihkan diri tetapi dirinya yang selalu disisihkan. Semenjak dari kecil lagi dia terpaksa menghadap kebencian keluarga terutama mamanya, membuatkan dia membesar di dalam penuh persoalan. Kenapa? Atas salah dan silap apa?

Ujian terhebat buat Nur Auni bila dia dihalau keluar daripada rumah oleh papanya. Hampir setahun hidupnya melarat, mengharapkan ihsan sahabat baiknya Shima. Tambah malang lagi setiap kali dia berkerja, pasti ada sahaja masalah yang timbul di tempat kerja sehingga dia dibuang kerja dan menganggur kembali.

Pertemuan pertamanya dengan Zafriel Irham yang tak terduga, melahirkan lagi pertemuan yang keduanya. Namun, kali ini nyata cukup berbeza. Dia pekerja dan Zafriel majikannya. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata status majikan dan pekerja itu bertukar status pula menjadi 'suami dan isteri'. Dengan cara yang cukup mengaibkan, membuatkan dia semakin sukar untuk kembali kepada keluarganya.

Betullah... Perkahwinan tanpa cinta, memang sukar untuk bahagia. Sikap dingin Zafriel cukup merimaskan Auni. Bukan sekali dia menuntut perpisahan daripada Zafriel. Berkali-kali! Namun jawapan yang diterima daripada Zafriel, merobek lagi sekeping hati yang sudah lama pecah.

"Kau dengar sini, Nur Auni! Aku tidak akan sekali-kalinya ceraikan kau, dan aku juga tak akan sekali-kalinya tinggalkan Mila. Belum tiba waktunya untuk aku lepaskan kau! Bila dah sampai masanya nanti, kau tak payah minta dari aku. Waktu itu, aku dengan rela hatinya akan lepaskan kau pergi. Kau faham?!” ~ Zafriel Irham

Rupanya semua telah dirancang. Pertemuan pertama dan kedua mereka, perkahwinan secara tiba-tiba... segala-galanya telah dirancang dengan teliti demi melunaskan sebuah dendam silam. Semuanya saling berkait.

Tatkala semuanya terbongkar, hati sudah mula berputik sayang. Mampukah sebuah kemaafan diberikan sedangkan sekeping hati Nur Auni bukan sahaja telah hancur, malah sudah lebur usai tersingkapnya segala kebenaran. Benarlah... hidup di dalam api kebencian dan dendam hanya membuatkan kita jauh dari ketenangan, apatah lagi untuk meraih kebahagiaan.

Masih adakah pelangi yang sudi muncul selepas taufan membadai?

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nurhidayah
Jalan cerita menarik

Sedih betul kisah hidup watak utama, Auni. Sudah la dibuang keluarga, bernikah pula dengan cara mengaibkan. Lebih malang lagi, hubungan dengan suaminya itu tidak begitu baik. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Nak tahu kisah Auni selanjutnya kenalah dapatkan novel ini. Berbaloi beli di MPH Online, sekarang tengah ada diskaun.