Q&A Kecurangan dalam Perkahwinan

ISBN: 9789671449707
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Familyfirst Consultancy
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Isu kecurangan semakin membarah hari ini dan banyak perkahwinan serta rumahtangga diuji dengan kehadiran orang ketiga. Namun, tiada penjelasan yang lengkap dan terperinci untuk memahami apa, siapa, mengapa dan bagaimana boleh berlakunya curang. Ramai di kalangan mereka yang berhadapan dengan isu sebegini mengunci diri daripada berkongsi disebabkan rasa malu sehingga membuatkan mereka sering bermain dengan emosi serta dihantui dengan pelbagai persoalan tanpa jawapan yang pasti. Kenapa dia curang? Apa kurangnya aku lebihnya dia? Apa tanda pasanganku curang? Siapa yang harus dipersalahkan? Bagaimana nak ubati hati yang terluka? Inilah antara persoalan yang akan terjawab di dalam buku ini selain meleraikan berbagai lagi tanda tanya yang membuntu di minda.

Kecurangan bukan sahaja memberi kesan terhadap pasangan dan hubungan mereka malah anak-anak juga akan turut terkesan dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi perkembangan dan cara hidup mereka apabila dewasa kelak. Lantaran itu, penulis memandang serius permasalahan ini sehingga menukilkan naskhah ini untuk membantu masyarakat hadhari yang hidup di zaman kecanggihan teknologi moden yang memungkinkan hidup berkeluarga lebih mencabar dan terdedah dengan aura negatif. Kecurangan Offline vs Kecurangan Online. Ingin tahu apa yang dimaksudkannya? Buku ini akan mengupas dan membincangkan mengenainya.

Penting untuk diketahui dan difahami bahawa perkahwinan yang dihimpit dengan permasalahan ini masih boleh diselamatkan malah boleh jadi lebih baik hubungannya andai kedua-dua pasangan bersedia dan sanggup bekerjasama dan berkerja keras untuk memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dan kekurangan masing-masing. Ingin tahu bagaimana? Buku ini ada jawapannya.

Segala jawapan, perbincangan, kupasan dan huraian yang dimuatkan dalam buku ini adalah melalui pengalaman penulis dari kes-kes rumahtangga yang dikendalikan, pengalaman pengamal kaunseling dan psikologi, kajian dan literatur tentang kecurangan serta dikuatkan hujah dengan dalil-dalil naqli Al-Quran dan Hadith. Allah SWT kata mesti jauhi, Rasulallah SAW sabda jangan hampiri. Namun, kenapa manusia masih dekati larangan ini? Buku ini akan memaparkan bukti-bukti naqli yang tidak boleh dinafi serta analogi-analogi yang boleh membuka mata hati.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)