Buku ini menjelaskan pelbagai isu kewangan dan muamalat yang sering menjadi isu dalam masyarakat Muslim hari ini. Setiap persoalan dihuraikan dengan definisi, diperjelaskan dengan contoh dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih oleh penulis yang berpengalaman luas dalam muamalat dan kewangan Islam. Antara isu yang diberi pencerahan:
Berniaga melalui internet
Jual beli rumah melalui bank
Riba tambahan bayaran
Awas pelaburan emas
Hukum-hakam ‘main' saham
Hukum ‘main kutu'
Komisyen orang tengah
Menang cabutan bertuah
Kenaikan harga barang
Kena bayar cukai, GST pula!