Qawwam Untuk Nawrah

ISBN: 9786299649441
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Nawrah Izzani, seorang gadis yang hidup dalam kesepian sejak ibu meninggal dunia.

Abah mencari pengganti terlalu cepat, dan sejak itu, kasih yang sedikit pun terasa bukan untuknya. Hadirnya Najla, adik sebapa yang manis dan sempurna, lalu seluruh perhatian abah beralih arah.

Dalam kesunyian itu, Nawrah temui sinar bahagia bernama Syed Umar. Lelaki happy-go-lucky yang disangkakan mampu memberi sinar pada dunianya yang mendung. Namun impiannya musnah apabila Syed Umar juga memilih Najla.

Bertahun Nawrah hidup membawa diri, sepi menjadi teman paling setia. Hinggalah satu hari, takdir datang dengan berita bahawa Najla telah pergi buat selama-lamanya. Perginya meninggalkan seorang bayi, dan seorang duda yang bernama Syed Umar.

"Awisy perlukan ibu. Umar perlukan isteri. Dan kak long perlukan suami." – Abah

Tetapi Nawrah bukan sekadar mencari suami. Dia mencari qawwam yang bisa menyediakan bahu buat dirinya yang kesepian ini bersandar. Sesuatu yang gagal abah sediakan buatnya.

"Baliklah bila dah sedia. Bahu aku ni akan terus tunggu untuk kau datang bersandar." – Qawwam

Qawwam bukan sekadar suami. Dia pelindung. Dia penawar.

Dan untuk Nawrah, dia adalah takdir...