Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi (Edisi Kemas Kini)

ISBN: 9789674081973
Checking local availability
RM18.00
Product Details

Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah s.w.t. 

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik dan dijadikan hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah s.w.t. dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah s.w.t. Sampai ke akhir hayatnya, Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)