Ragam Hidup Berumahtangga

ISBN: 9789673882489
Checking local availability
RM16.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Allah SWT menciptakan manusia saling berpasang-pasangan sejak azali lagi. Sebagai contoh, Allah mencipta Nabi Adam dan Hawa. Kemudian daripada mereka berdua, manusia berkembang biak dan bertebaran di muka bumi hingga ke hari kiamat. Tujuan Allah mencipta kita semua adalah untuk kita beribadah kepada-Nya. Untuk mengembangkan lagi umat Nabi Muhammad, kita dituntut untuk berkahwin dan perkahwinan amat digalakkan dalam Islam.
 
Setelah diijabkabulkan, pasangan suami dan isteri akan menjalani rumah tangga bersama-sama. Susah, senang, suka, duka dan pelbagai perasaan akan ditempuh bersama. Itulah hakikat ikatan perkahwinan. Oleh itu, dalam bahtera rumah tangga pasti akan berlaku bermacam-macam ragam, cubaan dan ujian. Ini menunjukkan bahawa dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan suami isteri, perselisihan ialah satu kemestian. Perselisihan merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Ragam Hidup Berumahtangga

Sebuah buku yang membongkar tentang ragam rumahtangga yang akan dialami semua pasangan suami isteri sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Setiap perkahwinan akan dilanda badai Dan perselisihan dan tidak terlepas dengan semua ini. Maka buku ini akan mengajar dan memandu pasangan pasangan dalam menangani masalah ini dengan bijak Dan toleransi. Sangat disarankan kepada pasangan suami isteri.