Rahsia Diet Malaysia
Publisher,Penerbit Universiti Malaya
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Hakikat sebenar
Dalam buku ini, Dr Tee E Siong, pakar pemakanan terkemuka Malaysia akan mendedahkan hakikat yang nyata tentang budaya makan rakyat Malaysia. Beliau akan berkongsi pengetahuannya tentang hidangan yang kita makan semasa sarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan lewat malam.
Realiti yang mengerikan
Penulis akan mendedahkan kesan ngeri amalan makan yang tidak sihat. Beliau akan menyakinkan anda bahawa diet tidak sihat adalah penyebab utama penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Dan terdapat satu cara sahaja untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut - amalkan makan secara sihat dan kehidupan yang aktif.
Rahsia makan secara sihat
Beliau akan mendedahkan rahsia mengenai diet Malaysia yang sihat, dan berkongsi prinsip-prinsip asas makan secara sihat serta membimbing anda cara menerapkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian. Bacalah buku ini. Anda akan mendapati bahawa kita boleh mengamalkan budaya makan dengan cara yang lebih sihat sambil menikmati keenakan makanan Malaysia.