Yasin merupakan surah yang sentiasa dijadikan amalan oleh masyarakat Islam Nusantara. Tidak asing lagi amalan ini dilakukan berasaskan kepada kefahaman akan fadilat serta keutamaan yang terdapat pada surah yasin itu sendiri, seperti mana disebut dalam hadis-hadis Nabi saw yang mafhumnya: Bahawa sesiapa yang membaca Yasin pada suatu malam dengan mengharapkan wajah Allah maka dia akan diampuni. Yasin juga akan meringankan beban terhadap orang menjelang kematiannya dan lain-lain fadilat yasin.