Tuan Khairul secara tidak langsung (selain isi "teknikal"), hanya mahu yang baik-baik daripada setiap kita, dan berkongsi hanya yang baik-baik sahaja di dunia siber (amnya). Panduan beliau boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, tidak semestinya untuk menjual produk/servis. Asasnya adalah untuk mencari pengaruh (yang baik). Lain-lain akan mengikut di belakang selepas asasnya sudah kukuh. Banyak pantang larang beliau yang perlu saya jaga. Masa untuk menilai semula perkongsian saya di FB. Saya rasa buku ni berbaloi sangat.
Buku ini bersaiz kecil, comel, ringan dan mudah dibawa. Isinya mantap, sesuai dengan tajuknya. Tidak ada persoalan tentang kredibiliti penulis, cari saja di internet dengan kata kunci "Bapa Brownies Kebangsaan". Atau cari saja di FB beralamatkan https://www.facebook.com/khairulhakim... Tidak ada keraguan dengan isi-isi buku ini, kerana semuanya sudah terbukti.