Raka
Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages,
Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam.
Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca.
Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke dalam pemikiran pembunuh.
Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.
Penceritaan penuh dengan info dan sering membuatkan otak berfikir sejenak menghadam pernyataan dan info-info tersebut. Tapi sangat bagus sebenarnya, diselit juga tentang muzik lagu, falsafah dan nama-nama tokoh. Sangat menarik !

Raka mengisahkan tentang seorang penulis upahan, Nat yang sedang dalam proses menyiapkan sebuah cerita tentang pembunuhan. Pengembaraan Raka ini sangat menarik di mana Nat juga seorang ahli parkour yang dibawa oleh penulis kepada pembaca bersama-sama terbuai dengan imaginasi Nat terutamanya semasa dia berparkour pada waktu malam. Kebijaksanaan penulis juga terserlah melalui peranan setiap watak sampingan namun setiap daripadanya mempunyai kepentingan sama tara dan tidak ada satu pun yang sia-sia. Dari sudut bahasa pula, penulis menggunakan bahasa dan lenggok yang sungguh indah di mana sangat jarang dilihat pada mana-mana penulis hari ini. Kesimpulannya, Raka adalah sebuah naskhah yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Suka idea untuk watak utama-- gabungan parkour, saksofon dan penulis hantu. Bahasa cerita RAKA agak bagus, terutama bila penulis bermain metafora dengan alam. Ia jadi puitis dan beritma.