Tahun 80-an - Ami dan Amir bersepupu dan juga bersahabat baik. Dari kecil sampailah dewasa. Ami juga bersahabat pena dengan Mazlan dan kemudian bertukar menjadi cinta walau usia masih di alam persekolahan. Gadis itu menipu keluarga untuk mencapai cinta membuatkan dia terjebak ke lembah hitam. Dia telah berdosa! Amir terus setia tetapi Mazlan entah di mana. Ami bukan lagi gadis yang bahagia selepas itu.