Rapuh Beralun Rindu

ISBN: 9786297509570
Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 490 g
No. of Pages, 363

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Kahwin? Itu tiada dalam senarai impian hidup Dalily. Kenapa perlu susahkan diri dengan perkahwinan sedangkan dia mampu hidup bebas.

“I tak percayakan lelaki. I tak percayakan cinta. I tak percayakan perkahwinan. Antara kita hanya ada nafsu!” - DALILY

Dia tak peduli jika prinsipnya diperlekehkan. Lelaki yang merayu, bukan dia yang melutut. Tapi dia lupa takdir Allah itu tidak boleh dinafikan.

Kehadiran Elman sedikit demi sedikit merubah segalanya. Walaupun permulaan hubungan mereka tidaklah begitu baik.

“You ni nak jadi penyelamat berkuda I ke?” - DALILY

Kalau you tu tahu jaga diri... I takkan muncul depan you.” - ELMAN

Pertemuan demi pertemuan mencetuskan rasa indah dalam jiwa, tapi hanya di sebelah pihak. Malah turut melibatkan sahabat baiknya sendiri. Dalily masih berpegang teguh dengan prinsipnya.

Kita kahwin, ya?” - ELMAN

Keputusan I tetap sama, Elman. You want me? Then follow my rules.” - DALILY

“I tak pernah menyesal mengenali you. You pelangi yang indah dalam hidup I.” - ZAFRIL

Dua perasaan. Tiga hati.

Saat hatinya mula menyerah, kebenaran terbongkar. Kenapa mesti dia? Kenapa mesti Zafril? Di mana dia mahu letakkan Elman? Di hati atau pada kenangan semalam?

Rapuh Beralun Rindu bukan tentang cinta tiga segi. Tapi tentang hati yang berlumut dendam. Tentang jiwa yang tandus kasih sayang. Awal dan hujung yang tidak bertemu dan tidak juga berakhir.