Rasuah, Jenayah dan Malaysia

ISBN: 9789671408506
Checking local availability
RM29.90
Product Details

Publisher,Akhbar & Associates
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 198

Rasuah, Jenayah dan Malaysia merupakan karya Presiden Transparency International Malaysia, Akhbar Satar. Pengarang mempunyai 35 tahun pengalaman dalam bidang penyiasatan termasuk 18 tahun bersama Badan Pencegah Rasuah (SPRM). Satar juga merupakan penyumbang/penulis dalam ruangan kolumnis Berita Harian (BH).

Buku ini mengupas isu rasuah dan integriti secara terperinci bagi memastikan masa depan negara tidak tergadai akibat kerakusan individu-individu tertentu. Rasuah, Jenayah dan Malaysia dapat memberi manfaat kepada pembaca am, pengkaji punca-punca jenayah, rasuah, serta isu integriti sebenar dengan lebih mendalam lagi. Matlamat buku ini dikeluarkan bukan sahaja bagi rujukan pembaca, malahan memenuhi cita-cita untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu serta berintegriti tinggi.

Pengarang berharap buku ini dijadikan pencetus kepada lebih banyak perbincangan dalam masyarakat mengenai kemelut rasuah, ketandusan integriti, dan peningkatan kadar jenayah yang semakin membimbangkan di Malaysia.