Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 300
Berhubung dengan penyimpangan moral yang telah begitu lama dikenal manusia seperti rasuah, bukan hanya terdapat kesulitan untuk membanterasnya, namun akhirnya gejala ini menimbulkan hambatan ideologis. Ada pihak yang mengakui peranan positif rasuah dalam pembangunan. Hal ini merupakan kemuncak daripada bangunan rumit rasuah yang memiliki komponen-komponen yang keras, dan sekali gus tak terlihat. Sebagai gejala sosial, rasuah timbul daripada pelbagai sebab, tampil dengan pelbagai sifat dan kemudian menunjukkan fungsi di samping akibat-akibat sosialnya. Faktor ini yang menjadikannya sebagai kajian khusus dalam sosiologi yang menimbulkan perbezaan pandangan.
Buku ini merangkumi semua aspek rasuah menerusi huraian yang terperinci tentang kes-kes sejarah di Romawi kuno, China kuno serta masyarakat Asia moden. Apabila buku ini mengambil sikap tertentu terhadap rasuah, hal ini hanya timbul menerusi pembahasannya sebagai gejala secara menyeluruh, yang dihadapkan dengan masyarakat yang memiliki moraliti dan cita-cita luhur yang dilakukan penulisnya secara telus dan berwibawa.
Mengenai Penulis
Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi yang berwibawa dan dikenali pada peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu yang berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham di lantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967–1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988–1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffles: Schemer or Reformer.