Ratu Di Hati Beast
Publisher,Suara Hati
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Terjerat dengan hutang membuatkan seorang gadis terpaksa ‘menggadai’ dirinya demi menyelamatkan sepupu yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Dia terlalu terhutang budi dan fikirnya itu adalah jalan yang terbaik tapi ternyata situasi itu menjerat dirinya lebih dahsyat daripada apa yang dia sedang hadapi.
“Tiga puluh ribu tu ibarat tiga puluh ringgit je bagi aku. Kau ada nampak muka aku ni macam muka orang tak mampu ke?” - Beast
“Tak kisahlah macam tiga puluh ringgit ke tiga puluh sen ke, itu pada you tapi pada orang macam I besar rahmat dia dapat tiga puluh ribu. Jadi I nak you bayar dulu, I tak nak tertipu.” – Ratu
Ratu hampir terperangkap tapi dia bijak melepaskan diri namun sayang takdir tidak menyebelahi dirinya. Orang yang paling dia tidak mahu bertemu semakin mendekat sehinggakan tiada ruang lagi untuknya melarikan diri.
“Hei… kau nak masuk tandas pun ada pertukaran dia. Bayar then you get to use the toilet. Tapi aku? Apa yang aku dapat selepas duit aku lesap? Nothing.” – Beast
Moral of the story… we are all the same whether rich or poor
Jalan cerita yang menarik dan harus dibaca.