Red Mawar
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Sebaik sahaja Mawar terjaga daripada tidur yang panjang, seorang lelaki asing sudah sedia menunggu di hadapannya.
“Awak siapa?” – Mawar
“Sayang... tak ingat saya?” – Ajim
Ajim, lelaki itu suami Mawar. Masalahnya, Mawar langsung tidak mengenali suaminya sendiri! Tiada secebis memori pun tentang lelaki itu.
Mawar hilang ingatan akibat trauma... itulah yang dikongsi oleh Ajim. Namun, di sebalik fakta silam dan kenangan manis yang bercampur aduk, ada sepotong nama tiba-tiba muncul menggugah segalanya.
Red.
Merah? Warna ke? Atau nama orang?
“Saya ada kawan nama Red ke?”
“Tak ada.”
“Macam mana Ajim tahu?”
“Sebab antara kita berdua, tak ada rahsia. You know everything about me and vice versa.”
Antara mimpi, memori dan kata hati, yang mana satu perlu Mawar turuti?