Soal jodoh dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh Allah S.W.T. Pelbagai dugaan diberikan untuk melihat sejauh mana manusia itu bersabar dalam menghadapi ujian-Nya.
Begitulah hitam putih kehidupan yang telah dilalui Lidyahani. Perkahwinannya dengan Idham yang panas baran dan kaki pukul menyebabkan dia merana dan hidup dalam ketakutan. Kekecewaan dan penderitaannya sebagai seorang isteri yang tidak bahagia telah menemukan dia dengan Syamil, yang berstatus suami orang melalui internet.