Referensi Lengkap Untuk Semua Kamera
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Referensi Lengkap untuk Semua Kamera adalah sebuah buku panduan yang tepat bagi anda yang ingin mendalami dunia fotografi secara maksimum, atau bagi juru gambar baru yang menginginkan komposisi gambar menarik setiap kali kamera dipetik. Setiap disiplin dalam bidang fotografi serta tekniknya dipaparkan secara teperinci bagi mudah difahami.
Dengan 15 bidang fotografi untuk dipelajari kini anda mampu menguasai keseluruhan teknik-teknik dalam buku ini. Bukan itu sahaja ia juga mengandungi tip-tip mengenai penggunaan kamera yang serba sederhana untuk menghasilkan gambar-gambar yang mampu setanding dengan peralatan mahal.
Kunci utama untuk menghasilkan karya gambar yang cantik, tentunya diperlukan kemampuan teknik dan penguasaan teknologi kamera secara baik. Buku ini juga akan mengulas secara mendalam mengenai teknik asas fotografi yang sangat penting dalam memulakan penggunaan sebuah kamera. Semua teknik asas fotografi akan disampaikan secara jelas dan menyeluruh. Semoga buku ini dapat membantu untuk meningkatkan kemampuan teknik fotografi anda. Segala panduan dan penjelasan dalam buku ini memberikan nilai positif dengan menambahkan pengetahuan dan wawasan baru dalam bidang fotografi anda. Selamat mempelajari dan mempraktikkan.