REGRADUASI

ISBN: 9789671342824
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,The Booku
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,

Regraduasi merupakan sebuah karya buat manusia yang sudah penat rasa patah dan akhirnya mahu terbang dan graduasi dari permainan dunia. Karya ini buat mereka yang sudah penat meronta sendiri untuk berfikir lebih matang dan lihat perjalanan mereka itu baru bermula dan tuhan sentiasa ada.
 
Buku ini adalah buku terakhir dalam trilogy Re.
 
Serpihan kata ini mungkin yang terakhir
Aku hidangkan buat insan seperti aku,
Yang akhirnya pilih untuk graduasi
Dari permainan dunia,
Yang akhirnya sudah cukup kuat
Tidak mengendah drama manusia.
 
Selamat graduasi buat mereka,
Yang akhirnya sedar hidup ini lebih bahagia,
Jika dia hanya jaga dia, mereka dan
Sentiasa tunduk pada Tuhannya Dia.
 
Selamat Terbang Buat Kalian Semua.

Customer Reviews

Based on 6 reviews
50%
(3)
50%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Regraduasi

Sebuah karya Faiz Ibrahim yang berbentuk puisi. Merupakan karya terakhir untuk trilogy re iaitu regraduasi. Karya kali ini membawakan bagaimana manusia sudah penat dan ingin terbang dari permainan dunia. Penulisan yang lebih matang berbanding trilogy re sebelum ini. Recommended.

A
Amy ezaty
Regraduasi

Sebuah penulisan puisi yang menarik. Penulis banyk memberi kata-kata semangat disebalik sebuah puisi. Banyk menerapkan unsur positif. Selain itu penulis juga banyak memberi nasihat kepada para pembaca agar lebih bersikap matang supaya dapt menghadapi cabaran dunia luar.

n
nur syahadah
Baik

Pada pendata saya buku ini merupakan penamat di mana akhirnya saya sudah sedia dengan dunia lebih matang. Saya lebih tahu bawa diri, lebih tahu fikir, lebih tahu sabar dan yang pentingnya, lebih tahu apa yang sebenarnya saya mahukan dalam kehidupan. Putus cinta berada di bahagian puisi, cuma hanya cara penyampaiannya sahaja yang berbeza. Tapi terus terang, saya suka dengan buku ini. Alhamdulillah.

N
NUR AINA FARIHAH BINTI MOHMAD KAMIL
Reflection

Puisi yang sangat memberi impak kepada pemikiran supaya melihat dunia dari perspektif yang lain. Selamat bergraduasi dari permainan dunia dan menuju kebenaran.