Reiden
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 381
Reiden Shinoda diwasiatkan untuk
mencari anak Kenchi yang jauh di Malaysia. Demi mendapatkan hak ke atas harta
peninggalan Kenchi dan meneruskan klan Yakuza, lelaki berdarah sejuk itu harus
melakukan sesuatu.
“Tuan mesti mengahwini Talia.” - Kaito
“Macam mana kau boleh minta aku buat
sesuatu yang tak mungkin aku akan buat?” - Reiden
Awalnya hanya kerana wasiat. Namun
lama-kelamaan, lelaki berdarah sejuk itu bertukar menjadi lelaki yang hangat.
“I dah tak perlukan you jadi PA I.
Sebab I nak you jadi wife I.” - Reiden
“Gila! Dah kemaruk sangat nak kahwin ni
apa pasal?” - Talia
Rumahtangga yang bahagia, rupanya hanya
seketika. Ada musuh mahu membalas dendam. Sejak itu juga, nyawa Talia sentiasa
dalam taruhan.
“Memang dah sepatutnya aku ‘rasa’ kau
dulu sebelum aku bunuh.” - Matsumo
“Reiden! Tolong saya!” - Talia
“Aku tak pernah memaafkan sesiapa yang
mencari pasal dengan aku atau keluarga aku.” - Reiden
Diamnya Reiden bukan bermakna dia tak
ambil peduli. Tapi bila orang-orang kesayangannya disentuh, dia takkan berdiam
diri.
“Antara I dengan Kaito... you akan
memilih dia.” - Talia
“"Eventhough I'm the bad
guy, I would sacrifice everything for
you".” - Reiden
Namun, bagaimana pula dengan penerimaan
Talia? Apa pula pilihan Reiden setelah diberi kata dua oleh mereka? Isteri,
atau Klan Yakuza?