Rempah Ratus: Khasiat Makanan & Ubatan
Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
Rempah-ratus yang digunakan sejak ribuan tahun yang silam kini menjadi pilihan masyarakat moden bagi rawatan dan pemulihan penyakit. Tahukah anda bahawa gastrik, sakit gigi, gout, demam campak, diabetes, kurap, dan rabun dapat dirawat dengan kayu manis, bunga cengkih, dan ketumbar; manakala asam gelugur, biji sawi hitam, buah pelaga, limau purut, dan cekur bermanfaat kepada ibu bersalin bagi mengembalikan bentuk tubuh yang asal, merangsang pertumbuhan rambut, dan mengatasi masalah kelumumur serta nafas dan badan berbau?
Buku ini memuatkan foto bewarna-warni 76 jenis rempah-ratus dan memfokuskan kepada aspek khasiat makanan dan ubatan. Setiap satu daripadanya disertakan maklumat tentang nama-nama vernakular, botani dan famili; di samping huraian morfologi, kandungan kimi, taburan, kaedah penanaman, penyakit, dan perosak.