Minuman dan pencuci mulut tidak lengkap jika tiada dalam sesebuah menu. Lazimnya, kedua-dua menu ini dihidangkan sebelum atau selepas hidangan utama. Anak-anak kecil pasti menyukai apabila dihidangkan minuman serta pencuci mulut di dalam sesebuah majlis. Buku ini menyajikan beberapa hidangan minuman serta pencuci mulut yang berkhasiat untuk anak-anak anda. Anda boleh menghidangkan bersama-sama dengan buah-buahan atau yogurt.