Rindu Menyapa Cinta
Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 900 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Tinggal di sebuah kampung yang asing baginya membuatkan Asha sentiasa memberontak dan menghitung hari untuk kembali ke pangkuan keluarga. Hidup yang di sangka aman sentiasa diganggu oleh kehadiran seorang pemuda bernama Fir. Bermacam cara dilakukan untuk menarik perhatian Asha. Sekeras manapun hati Asha, akhirnya dia akur dengan cinta lelaki itu. Namun kegembiraan antara mereka tidak lama lelaki itu terpaksa meninggalkannya.
“Macam mana kalau awak tak balik?” “Insya-Allah saya akan balik Asha. Awak tunggu saya.”
Kerana janji Asha setia menanti. Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalangnya. Kehadiran rakan niaganya, Syamil berjaya menyesakkan dadanya. Satu perasaan menular dalam hatinya. Dalam masa yang sama janji pada Fir menjadikan dia dalam dilema.
“Asha, kita tak boleh macam ni. Tak kan you nak hubungan kita tergantung macam ni. You tak peduli ke perasaan kita berdua? I tahu you cintakan I Asha dan I yakin perasaan itu tak akan pernah berubah sampai bila-bila.”
Baginya cinta Fir terlalu luhur untuk diganti. Di tambah pula dengan kemunculan Isabel tunang Syamil membuat Asha berada di persimpangan. Di waktu yang sama kesungguhan Adrian mengambil hatinya membuatkan hati Asha berbelah bagi.
“I tahu you masih tak sedia tapi Asha I betul-betul ikhlas cintakan you. I nak you jadi suri dalam hidup I Asha.”
Kerana janji Asha setia menanti. Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalangnya. Kehadiran rakan niaganya, Syamil berjaya menyesakkan dadanya. Satu perasaan menular dalam hatinya. Dalam masa yang sama janji pada Fir menjadikan dia dalam dilema.