Rindu Tanpa Ruang
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages, 368
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Menjadi jururawat pengasuh kepada seorang nenek bukanlah kehendak Intan Zulaikha. Namun apalah pilihan yang dia ada jika itu saja cara yang dapat menyelamatkan nyawanya. Tapi kehadirannya tidak disenangi oleh cucu si nenek.
“Buat masa sekarang saya masih belum percayakan awak lagi. Kita tengoklah nanti.” - HARIS ISKANDAR
“Encik Haris nak ugut saya ke ni?” - INTAN ZULAIKHA
Dalam diam, hati Zulaikha mula terpaut kepada Haris. Tapi sayangnya lelaki yang dicintai itu milik orang lain. Terpaksalah Zulaikha memendam rasa walaupun sebenarnya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
“Ya! Abang dah gila! Abang gilakan Intan Zulaikha!” - HARIS ISKANDAR
“Maafkan Ika. Ika tak boleh nak terima semua ni.” - INTAN ZULAIKHA
Demi menjauhkan diri dari lelaki itu, Zulaikha sanggup meninggalkan Haris dan pergi ke Indonesia. Di sana, dia terpaksa pula berhadapan dengan musuh lama yang memburu dan mahu membunuhnya. Lantas dia dibawa pulang semula ke tanah air.
Pertemuan semula dengan Zulaikha membuatkan Haris nekad tidak mahu melepaskan gadis itu buat kali kedua. Apatah lagi selepas dia mengetahui gadis itu berada di dalam bahaya. Baginya Zulaikha perlu dilindungi.
“Kita kahwin, ya?” - HARIS ISKANDAR
“Kau patut mati dengan mak bapa kau dulu!” - PEMBUNUH
Adakah Intan Zulaikha dapat menerima Haris Iskandar dalam hidupnya? Apakah status sebenar Haris Iskandar? Suami orang, atau duda? Kenapa Intan Zulaikha diburu dan mahu dibunuh?