RnR Hati: Muda Bukan Sekali Tetapi 2 Kali

ISBN: 9789673882342
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Siapa yang tidak suka muda? Orang muda – cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih ingin meniru identiti lain?

Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi. Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat untuk berehat.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
75%
(3)
25%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
WanNorhatiqah
Muda Bukan Sekali Tetapi 2 Kali

Sebuah catatan nasihat buat umat islam terutamanya. Membaca buku ini terasa seperti sedang mendengar nasihat dari orang tua kita. Indah .

S
SITI RADHIAH
RnR Hati

Sebuah buku yang menekankan betapa pentingnya masa muda diisi dengan perkara-perkara yang membangun jiwa, menimba ilmu mengenal Allah. Jauhi perbuatan sia-sia kerana kelak akan binasa diri kita. Bagaimana kita mengisi masa muda kita akan menentukan siapa diri kita sepanjang hayat kita.

M
Mhd Saprisal Sabarudin
A Good Book

This book realize me about how important we as a teenager to manage our time before it is too late. This book reminds me a lot about the sweetness blessings from Allah and how to create the relationship with Him closely without waiting our old-time.

z
zafirah
Pesanan Ayah Untuk Anak Muda

Yang menariknya, setiap gaya bahasa penulis sentiasa menjentik jiwa pembaca. Untuk buku kali ini, Ustaz Pahrol menekankan usia muda waktu yang membara jiwanya. Tanpa ditanamkan dengan benih ketakwaan dan mendalami ilmu islam, jiwa akan hanyut kosong tanpa arah.
Setiap isi kandungan, lebih mengajak untuk kembali kepada fitrah, rehat sebentar dari mengejar dunia dan tidak sekali menghukum atau menyalahkan.
Olahan yang santai setiap kata seolah-olah ajakan dan nasihat seorang ayah memujuk anaknya kembali kepada fitrah.