Roman Baiduri
Author: ORKED V
ISBN: 9789674692056
Checking local availability
Title
RM28.00
Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Melepaskan bukanlah tanda kelemahan, tetapi sebuah pencarian untuk menemukan kekuatan yang baru. Menjadi seorang ULFA tidak mudah; bapanya didiagnos depresi kerana perniagaan gagal, ibu harus bekerja menjadi pembantu rumah untuk menafkahi keluarga. Abang sulung Ulfa hanya beban, tidak mampu membantu, sering meminjam wang secara tidak sah dan menyulitkan ibu mereka. Adik bongsu, Irwan, lumpuh akibat kecelakaan. Ulfa tetap tegar bekerja di bawah ketua editor cerewet Encik Hilmi. Namun, tuduhan plagiat dari keyboard warrior bernama 10-years-of-solitude membuatnya terduduk dan memikirkan untuk melarikan diri dari beban kerja dan keluarganya. “Okey, kau akan ikut aku.” - ENCIK HILMI “Huh?! Ikut Encik Hilmi? Balik rumah?” - ULFA “Bukanlah. Kau dah kenapa? Simpan imaginasi kau tu diam-diam. Bukan semua lelaki macam dalam imaginasi kau tu.” - ENCIK HILMI Di sebalik keperibadian tegas Encik Hilmi, dia paranoid untuk mengungkapkan perasaannya kerana trauma masa lalu. Kehadiran dua pekerja baru, Idlan dan Danial, mengganggu kenyamanan Encik Hilmi. Danial sering ceria dan dekat dengan Ulfa, sementara Idlan tampak akrab dengannya. “Kak Ulfa, sebenarnya... saya suka dengan akak,” - DANIEL “Kawan semata-mata? Awak tak pernah anggap saya lebih daripada tu?” - IDLAN Konflik baru menggoyahkan prinsip hidup mereka berempat. Dalam menghadapi kesibukan karier dan keluarga, mereka berusaha menyeimbangkan kedua-duanya tanpa mengorbankan hal penting. Perkara-perkara kecil yang tak terduga menyentuh hati mereka - membahagiakan, menghangatkan, menguji dan menyakitkan. Serta yang memberi makna pada diri mereka – CINTA