Rumah Kaca Digegar Gempa

ISBN: 9789674380106
Checking local availability
RM13.50
Product Details

Publisher,Pekan Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Ruhi Hayat ialah nama lain bagi Ahmad Boestamam, ahli politik yang berpendirian kukuh. Nama sebenarnya ialah Abdullah Thani Raja Kechil. Sejarah hidupnya dipenuhi pengalaman perjuangan. Beliau menerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran Datuk.

Novel Rumah Kaca Digegar Gempa ialah novel yang diakuinya amat memuaskan hatinya. Ruhi Hayat pernah memberitahu bahawa novel ini sesuai dengan jeritan jiwanya.

Pada bahagian tertentu, gambaran hubungan antara Rahmat dengan Ratna Devi mengarah pada erotisisme. Namun, karya ini sebenarnya satira politik untuk dipadankan dengan suasana negara yang memberatkan perpaduan. Judulnya saja menunjukkan adanya ancaman kemusnahan, iaitu rumah kaca yang menghadapi gempa. Apa tidaknya, Rahmat memiliki Su Sian Lock, dan kemudian Ratna Devi. Namun, Ruhi Hayat memiliki keupayaan kreatif yang luar biasa bagi melukiskan suasana begini. Ini ialah novel sosio-sekso-politik. Kisahnya aneh jika diikuti melalui bacaan realisme, kerana Rahmat akhirnya diterima oleh Su Sian Lock dan Ratna Devi tanpa rasa cemburu. Novel ini mungkin mencabar golongan feminis yang membacanya sebagai karya yang tertumpu pada kecenderungan lelaki berpoligami, namun akan diterima baik oleh rakyat Malaysia yang membacanya sebagai karya simbolik tentang perpaduan.

Karya memiliki makna, dan makna boleh beranjak. Novel ini amat sesuai dengan Teori Anjakan Makna.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)