Rumah Kecil di Jabal Uhud
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 1190 g
No. of Pages,
Allah menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian kepada sebahagian manusia yang lain, bertujuan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Sama ada ujian itu membuatkan mereka semakin tunduk menyembah-Nya atau sebaliknya.
Penulis mempunyai ingatan yang sangat kuat. Kenangan pada zaman kanak-kanak dan remajanya digarap dengan baik. Setiap kenangan yang tercatat di dalam Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) bukan setakat travelog diri penulis tetapi juga berkait dengan tetamu di RKDJ yang pernah bertandang sama ada dengan menjejak kaki sendiri ke RKDJU mahupun menjengah secara alam maya.
Setiap tamu yang hadir ada kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Ia tarbiah yang benar-benar menusuk kalbu.
RKDJU mempunyai 43 pintu untuk dimasuki pembaca. Setiap satu pintu pula mengandungi kisahnya yang tersendiri. Ada kisah duka, ada kisah gembira, ada kisah pahit, ada kisah menyayat hati. Semuanya mengundang syahdu!