Rumah Kecil Mama

ISBN: 9789676127419
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Utusan Publications & Distributions
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

#Pemenang Kategori Cerpen Remaja, Hadiah Sastera 2014.

Menghimpunkan Sembilan buah karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya tersebut merupakan hasil ciptaan pengarang generasi baharu dan lama. Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan kepekaan yang tinggi pengarang untuk menguja daya penaakulan yang mendalam kalangan remaja terhadap perlbagai isu sosiobudaya.

Terdapat juga cerpen yang mengujarkan isu-isu besar dalam bidang politik dan ekonomi. Subjek yang diungkapkan sesuai dengan tahap pemikiran remaja yang semakin tinggi dari segi daya taakulannya. Isu yang dijangka tidak lagi klise seputar kehidupan remaja tetapi memerlukan daya renungan yang lebih analitikal dengan pelbagai jurus pandang bagi menangani sesuatu permasalahan yang tercetus dalam ruang bersifat mikro, selari dengan tahap pemikiran dan lingkunan kehidupan remaja moden.

“Rumah Kecil Mama” yang menjuduli antologi ini mengungkapkan penyataan dalaman seseorang ibu. Melalui surat, penyataan dalaman dan pendirian seorang ibu diungkapkan, lalu menjentik kesedaran dan keinsafan seorang anak supaya sentiasa peka dan bersangka baik terhadap ibu sendiri.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)