Saat Dusta Membawamu Pergi

ISBN: 9789838221054
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Dia bukannya lelaki baik seperti yang diimpikan gadis-gadis di luar sana. Kehidupannya disalut noda. Dunia lumba dan pergaduhan sudah sebati dalam diri. Dialah penggawa, dialah juara!

Pertemuan yang tak disengajakan dengan Kaira Zharifah merubah segalanya. Ameer mula mengenal apa makna cinta, apa makna rindu. Tekadnya, dia ingin memiliki gadis sebaik Kaira, tanpa dicanang khilafnya yang lalu.

Ameer tetap mengejar, namun kehadirannya kurang disenangi Kaira. Tidak mungkinlah dia boleh mencintai lelaki seperti Ameer.

“Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu." - KAIRA ZHARIFAH

Baginya, apa yang dihajat, itulah yang didapat. Tapi dalam mencari cinta, tidak semudah yang disangka. Iman senipis bawang, usah diangan manikam kayangan. Ada insan lain yang lebih layak untuk gadis itu.

"Saya rasa sayalah insan paling bodoh. Saya memang teruk. Saya tak layak untuk dia." – AMEER AZIZI

Bahagia lawannya derita. Bila bahagia membuka ruang di kalbu, kenapa derita sepantas kilat menduga hati menghampar pilu? Sesukar itukah syarat untuk memiliki cinta yang abadi bila ada saja yang membunuh jiwa mereka?

“Aku akan pastikan kejatuhan kau. Selagi kau tak mampus, selagi tu aku tak puas hati!” – DANIEL

Kisah kita seharusnya berakhir indah, namun di sebalik cerita ada gelungan sembilu membawamu kembali menerjah riwayat lalu.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
50%
(2)
50%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Saat Dusta Membawamu Pergi

Sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dan peringatan dalam kehidupan seharian. Pelbagai konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam memperjuangkan cinta. Sangat best layan novel ini.

A
Antonia.S
Best!

Pertemuan yang tak disengajakan dengan Kaira Zharifah merubah segalanya. Ameer mula mengenal apa makna cinta, apa makna rindu.

A
Antonia.S
Best!

Pertemuan yang tak disengajakan dengan Kaira Zharifah merubah segalanya. Ameer mula mengenal apa makna cinta, apa makna rindu.

N
Nurhidayah
Jalan cerita menarik

Siapa sangka lelaki yang dulunya seorang kaki lumba dan sering terlibat dalam pergaduhan boleh berubah 180 darjah setelah bertemu dengan seorang wanita? Penulis telah menggarap novel ini dengan baik membuatkan jalan ceritanya menarik untuk diikuti.