Sabar: Belajar Memaknai Sabar Ketika Diuji Dengan Keadaan dan Manusia Sukar

ISBN: 9786299628514
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 275

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / MOTIVASI AGAMA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

"Ada hal yang tidak boleh dipaksa untuk selesai cepat. Dari situlah kita belajar nilai sabar."

Masalah peribadi, kerenah manusia, harapan tidak tertunai, usaha tidak dihargai—semua ujian ini sering datang berlapis-lapis sehingga membuatkan jiwa kita lelah.

Dan setiap kali itulah pasti ada yang berpesan: 

“Sabar ya. Allah sayang orang yang sabar.”

Jadi, kita pun memendam emosi dan cuba mengukir senyum. Tetapi semakin lama, semangat kita meluntur. "Kesabaran" pula menipis.

Sampai bila kita perlu bersabar?
Adakah sabar itu sekadar menahan rasa?
Mengapa perlu sabar, jika akhirnya kita sendiri yang terluka?

Buku ini hadir untuk menjelaskan bahawa sabar itu bukanlah sesuatu yang melemahkan, tetapi jika difahami, ia akan menghadirkan kelegaan, harapan dan kekuatan.

Demi lebih memaknai konsep sabar, penulis turut membawa kita menelusuri bibit-bibit kehidupan Nabi Musa AS yang sepertimana kita; diuji oleh keadaan dan manusia berkali-kali. Kisah-kisah ini mengajar kita bahawa sabar bukanlah destinasi yang harus dikejar, tetapi jalan pulang yang boleh dilalui, perlahan-lahan, selangkah demi selangkah.

***

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah: 153)

 

Dimensi: 14.8 x 21 cm