Sakinah
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Syarifah Sakinah. Dilahirkan dalam keturunan syarifah membuatkan dia tak pernah mencari cinta sendiri. Baginya, jodoh sudah tertulis dan dia hanya perlu menunggu masa itu tiba.
"Siapa bakal suami Kinah, mak?"
Soalan itu tak pernah berhenti ditanyakan namun jawapannya sentiasa dirahsiakan. Kata mereka, itu satu kejutan istimewa. Dan ya, kejutan itu benar-benar istimewa apabila bakal suaminya itu rupa-rupanya hanya orang yang terdekat.
"Tunang Kinah... Abang Iddin ke, mak?"
Syed Iddin. Dia tak pernah merasa yang takdirnya bersama Sakinah itu hanya sekadar aturan jodoh semata-mata. Bagi dia, Sakinah adalah lebih daripada itu.
"Cantik cincin. Siapa bagi?"
"Tunang yang bagi. Cantik, kan?"
"Kenapa Abang Iddin pakai cincin tu? Jarang tengok lelaki pakai cincin selain cincin kahwin."
"Sebab Abang Iddin hargai."
Dalam diam dan tanpa sedar, dua hati yang asing itu perlahan-lahan sudah mula membuka ruang untuk menerima satu sama lain.
"Kinah minta maaf tapi... Kinah merayu dekat mama dan mak untuk batalkan perkahwinan kami. Kinah... Kinah tak mahu jadi beban."
Namun, ada jodoh yang terpaksa dilepaskan... bukan kerana hati, tetapi kerana keadaan yang tak mampu berpihak kepada mereka.