Sakti Bunian
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 340
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun. Mengikut cerita ayah aku, pulau tu memang ada bunian. Hantu pun ada.”- ZAHID
Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan berpuaka. Demi menyelamatkan nyawa adiknya, Damak terpaksa mencari air sehingga tersesat di dalam hutan tebal. Dia kemudiannya diselamatkan oleh seorang puteri bunian dan dibawa ke perkampungan mereka. Sejak itu termerailah janji antara mereka untuk bersaudara dan saling menjaga diikat dengan geliga tersebut. Tahun 2022, empat orang dihantar ke pulau yang sama. Farid, Pak Derih, Nurain dan Elly diarahkan membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh tiga hari. Pelbagai kejadian berlaku. Elly hilang. Nurain pengsan. Farid entah ke mana dan Pak Derih tersesat. Mereka berpecah arah dan berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing.
“Aku bertempik. Dia pun terbang ke puncak pokok.”-Nurain
“Benda-benda macam ni ada khadam dia. Ada penjaga dia. Ada pemilik dia. Kalau lepas tiga perkara tu, lepaslah. Kalau tak, memang takkan dapat.”- PAK DERIH
“Mari. Mari ikut nenek. Nanti benda putih tu datang sini, nenek tak boleh tolong. Ini tempat dia.”-NEN TEPAH
Apakah kesudahan nasib mereka berempat? Dapatkah batu geliga itu dibawa keluar seperti yang diarahkan? Mampukah mereka berempat keluar dari pulau itu hidup-hidup?
“Sudah beratus tahun, tiada manusia yang sampai ke sini.”-NANG NURBAYA.