Salafiah Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam Isu Kalam

ISBN: 9789835208928
Checking local availability
RM37.00
Product Details

Publisher,UTM Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Ibn al–Qayyim ialah salah seorang pemikir muslim kenamaan di dunia Islam pada zamannya terutama di Syam tempat kelahirannya dan di Mesir yang menjadi pusat pengembangan ilmu pasca kehancuran Baghdad. Beliau hidup di saat ilmu keislaman berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu, dikelilingi oleh para tokoh ulama kenamaan daripada bermacam aliran dan mazhab. Wujudnya pelbagai konflik pemikiran kalam turut mewarnai zamannya sehingga menjadi tempat pertembungan ilmu keagamaan dan perbincangan para ulama tempatan.

Namun, perkembangan pemikiran yang pesat pada saat itu tidak bererti kehidupan sosial masyarakatnya tidak bergejolak. Ibn al–Qayyim pernah dipenjara bersama–sama gurunya Ibn Taimiyyah, akibat daripada konflik pemikiran dan konspirasi dominasi aliran tradisional mazhab yang tidak sependapat dengannya dalam beberapa masalah agama.

Sebagai tokoh salaf, beliau termasuk golongan yang menginginkan pemurnian ajaran–ajaran Islam dengan berlandaskan al–Quran dan al–Sunnah serta ajaran para mutakallim seperti golongan Jahmiyah dan Muktazilah dalam menyelesaikan persoalan–persoalan dalaman akidah Islam.

Melalui pembahasannya tentang persoalan–persoalan Kalam dilematik mengenai ketuhanan, persoalan manusia, ataupun masalah kehidupan akhirat, Ibn al–Qayyim berjaya muncul dengan pemikiran–pemikiran baru. Pada penghujung pembahasan terungkap pula satu model pemikiran akidah Ibn al–Qayyim yang utuh dan komprehensif serta dengan pendekatan Kalam yang lebih mudah difahami dan dirujuk.

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)