Salahuddin Al-Ayyubi: Ikon Pembelaan dan Pembebasan Al-Quds

ISBN: 9786297777047
Checking local availability
RM39.90
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah di benteng Tikrit, Iraq. Pada waktu itu, ayahnya, Najmuddin Ayyub, merupakan seorang penguasa Seljuk di Tikrit semasa pemerintahan Imaduddin Zengi, gabenor Seljuk di kota Mosul, Iraq. Pada tahun 534 Hijrah, selepas Imaduddin Zengi berjaya menguasai wilayah Baalbek di Lebanon, Najmuddin Ayyub dilantik sebagai gabenor di sana. Ketika keluarganya menetap di Baalbek, Salahuddin al0Ayyubi menghabiskan masa mudanya dengan mendalami ilmu ketenteraan, strategi, serta politik dalam peperangan. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikan di Damascus selama sepuluh tahun, mempelajari ilmu teologi Sunni. Pada tahun 1164, beliau diberi kepercayaan oleh penguasa Damascus untuk berangkat ke Mesir bagi membantu Dinasti Fatimiyah menentang serangan Tentera Salib

.

Salahuddin al-Ayyubi menjadi panglima perang yang sangat disegani oleh umat Islam kerana kehebatannya dalam Peperangan Hittin, yang telah menggoncangkan Tentera Salib. Dalam pertempuran tersebut, Tentera Salib terdiri daripada pemimpin dan pembesar seperti Raja Raynald dari Catillon, Guy de Lusignan, serta kumpulan Kesateria Templar (Knight’s Templar) dan Hospitalier, yang akhirnya mengalami kekalahan sehingga ramai antara mereka menjadi tawanan perang.

Peperangan itu memberi kesan yang besar kepada pasukan Tentera Salib. Selepas kemenangan tersebut, Salahuddin al-Ayyubi berusaha mengembalikan wilayah yang telah dikuasai oleh Tentera Salib kepada umat Islam, terutamanya al-Quds dan kawasan sekitarnya. Al-Quds telah ditawan oleh Tentera Salib pada 7 Jun 1099 Masihi dalam Perang Salib Pertama.


Persoalannya, bagaimana al-Quds dapat ditawan dengan mudah, sedangkan khalifah pada waktu itu bertanggungjawab menjaga kedaulatan wilayah dan kebajikan rakyat? Malangnya, keadaan ketika itu menyaksikan kelemahan pemerintahan Islam, di mana para khalifah gagal menyatukan umat. Perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin mengakibatkan rakyat hidup dalam penderitaan, manakala keselamatan negara semakin terancam.

Al-Quds akhirnya dibebaskan pada hari Jumaat dalam bulan Rejab, bertepatan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds, manakala Mikraj ialah perjalanan baginda dari Masjid al-Aqsa ke langit dengan menaiki Buraq. Peristiwa ini merupakan salah satu mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.