Salina (Edisi Khas Penerima Anugerah Merdeka 2024)

ISBN: 9789672456872
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,Nuha Creative
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 445

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / SASTERA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Novel Salina, karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang bersifat magnum opus dan malar segar. Malah, nuansa kepengarangannya cukup dekat dengan masyarakat melalui paparan mesej dan pemikiran yang dijalin penuh ketelitian serta diberi suntikan yang tinggi nilai estetikanya.

Sebagai mana Plato memegang akar sejarah sebagai sumber dunia pengalaman, begitulah A. Samad Said membawa cerminan masyarakat ketika itu kepada dunia dalam novel Salina.

Salina mengambil latar Kampung Kambing di Singapura selepas era

Perang Dunia ke-2. Salina mengetengahkan naratif kegigihan scorang wanita yang bukan saja terpaksa berperang dengan suasana rencam pasca perang, bahkan turut berdepan dengan survival kehidupan dan lingkaran kemiskinan. Membaca Salina seolah-olah membaca masyarakat yang wujud pada setiap zaman meski dalam latar dan suasana yang berbeza.

Nilai-nilai falsafah menjadi teras novel Salina dan diperakui oleh kebanyakan para sarjana baik dari timur mahupun barat sebagai Novel

Melayu Moden Pertama. Profesor A. Teeuw, scorang sarjana sejarah sastera memperakui bahawa Salina adalah contoh kepada sastera Melayu Moden yang baik dan bertaraf dunia. Salina telah diterbitkan pada tahun 1961 dan telah diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing di peringkat antarabangsa.