Sama Seperti Dulu
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Azmeer Hasif tidak pernah menganggap Feya Alia sekadar adik. Dia sendiri tidak sedar sejak bila mencintai gadis itu. Walaupun dia sedar tentang status sebenar gadis itu, dia masih ingin memiliki Alia.
"Tapi Lia bukan sesiapa dengan Abang Meer. Itu yang buat Lia sedih." - Alia
"Sampai bila-bila pun Lia orang yang paling penting dalam hidup abang. Abang akan buktikan, suatu hari nanti Lia sebahagian dalam hidup abang. Itu janji abang." - Azmeer
Setelah Azmeer bersedia, dia nekad melamar gadis itu. Ternyata keputusannya diterima baik oleh keluarga mereka. Saat mereka bakal disatukan, Alia hilang secara tiba-tiba. Kecewa dengan tindakan Alia, Azmeer nekad meninggalkan Malaysia.
Kepulangan Alia ke kampung telah menjadi punca kematian orang yang paling penting dalam hidup wanita itu. Lebih-lebih lagi dia pulang dengan status yang berbeza.
Selepas lima tahun, Azmeer pulang dengan watak yang baharu. Tiada lagi sikap prihatin dan senyuman manis buat Alia. Hati Alia sakit setiap kali menerima layanan dingin lelaki itu. Ditambah pula dia dibenci oleh ibu sendiri.
"Semuanya dah tak sama. Dia dah bencikan aku, Aisy." - Alia
"Saya balik bukan untuk jilat ludah sendiri." - Azmeer
Tapi benarlah kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana. Saat dia bergelar isteri kepada Azmeer, membuatkan Alia tertekan. Lebih-lebih lagi dia tak sanggup melukakan perasaan orang lain.
"Abang dah dapat Lia. Itu yang abang nak. Jadi sekarang, tunaikan permintaan mak abang dan Lia." - Alia
"Agaknya sampai bila-bila pun abang takkan dapat cinta Lia, kan? Mungkin betul, mencintai seseorang, tak semestinya memiliki." - Azmeer
Saat Azmeer pergi jauh sekali lagi, Alia mulai sedar yang dia tak mampu untuk kehilangan Azmeer.
Mampukah dia menggapai bahagianya bersama Azmeer? Dan benarkah perasaan lelaki itu masih sama seperti dulu setelah Alia pernah mengkhianatinya?