Sama Seperti Sayangmu

ISBN: 9789674063078
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,KarnaDya
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kerana amanah arwah Haji Ibrahim, Syasya Lyana dan Adh Khusyairi disatukan sebagai pasangan suami isteri. Permulaan kisah mereka penuh dengan drama. Ada saja perang dingin dan angin ribut taufan yang membadai. Malah, mereka saling membenci dan menyakiti.

“Aku memang akan cari perempuan yang lebih layak berbanding kau untuk dijadikan seorang isteri. Malah, aku akan cari seorang isteri yang jauh lebih sempurna.” ~ ADH

Namun, rahsia Tuhan tak siapa yang tahu. Dalam saling membenci, ada cinta yang mencuit hati. Kebencian akhirnya berubah menjadi satu kesayangan. Bukan mudah untuk mengaku cinta. Tetapi kerana mereka merasai sayang yang sama, pengakuan cinta akhirnya terlafaz.

“Tolong janji dengan Syasya yang abang tak akan pernah abaikan Syasya. Dan tolong, jangan pernah lafazkan perkataan ‘cerai’ di hadapan Syasya.” ~ SYASYA

Namun, rumah tangga mana yang tak pernah diuji?

Begitu juga dengan kisah hidup Syasya Lyana. Tidak cukup diuji dengan kebencian Nana dan ibu mentuanya, dia diuji pula dengan kehadiran bekas tunang suaminya. Kerana suami adalah Syurganya, Syasya telah membuat satu keputusan yang sukar.

Bila hati kian terluka, mampukah mereka meneruskan Syurga cinta yang kian retak menanti belah itu? Ataupun, kisah cinta mereka hanya terkubur sebagai satu pengalaman yang menyakitkan? dan adakah cinta mereka masih setia di situ? Segalanya bakal terjawab dalam Sama Seperti Sayangmu karya terbaharu Rose Aleyna ini.

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Sama Seperti Sayangmu

Sebuah novel yang mengisahkan tentang Syasya Lyana dan Adh Kusyairi yang disatukan atas amanah arwah Haji Ibrahim. Namun, kedua dua mereka tidak menyukai sesama mereka. Bermula perang dingin dan taufan antara mereka. Tetapi dengan kuasa Tuhan, terbit bibit bibit cinta antara mereka mencuit hati mereka. Namun, dalam kebahagiaan yang menghuni, muncul badai yang melanda perhubungan mereka. Apakah kesudahan yang terjadi kepada mereka berdua. Kena dapatkan novel ini untuk tahu kesudahan kisah mereka berdua. Novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan smooth perjalanan. Plot cerita tersusun kemas memudahkan pembaca memahami perjalanan cerita ini.