Santunan Fitrah
Author: Dr Harlina Halizah Siraj
ISBN: 9789678604321
Checking local availability
Title
RM17.00
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosial masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran. Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat.
Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah – melalui panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW melalui catatan sunnah baginda yang mulia.
Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah! Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.