Saranghaeyo, Arumi

ISBN: 9789671467596
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Pertembungan Aiyani dan Arumi di kolej, memulakan segalanya. Kerana sikap angkuh Arumi, Aiyani pandang jengkel kepadanya, apatah lagi Arumi gemar berbahasa Korea dengannya.
 
Tapi denda yang diberikan Qazurah, membuat Aiyani tak boleh mengelak dari Arumi lagi. Arumi yang selama ini dingin, mula memberi perhatian kepada Aiyani bila gadis itu jadi sasaran hasad dengki gadis lain.
 
“Aku dah turunkan tandatangan, maknanya dia hak aku! Kalau kau kacau dia lagi, tunggulah balasan daripada aku. Faham?” – Arumi.
 
Perbuatan Arumi betul-betul meminta tabik! Arumi mempertahankan Aiyani, bagai juara gladiator! Bagi Arumi, dia menemukan bahagia yang dicari dalam keluarga Aiyani, di kafe comel milik ibu Aiyani. Sehinggalah ancaman surat-surat memaksa Arumi menyingkap rahsia dirinya.Ada yang berdendam dengannya, ada musuh yang mengincar dalam diam.
 
“Awak tak perlu takut, Aiy. Saya yang pilih nak dekati awak. Jadi, saya kenalah bertanggungjawab lindungi awak sekeluarga.” – Arumi.
 
Semakin lama, Aiyani harus mengakui yang dia turut merasa sayang kepada Arumi! Parah sungguh penangan orang kurang kasih sayang. Sehingga saat Aiyani mula yakin mengucapkan, “Arumi… saranghae!”, memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)