Sastera Teras Negara Bangsa

ISBN: 9789674307448
Checking local availability
RM35.00

Buku ini menghimpunkan kertas kerja daripada para cendekiawan dan sasterawan yang terlibat secara langsung dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia untuk Sidang Kemuncak Penulis Malaysia yang pertama kali diadakan. Setelah sekian banyak acara, anugerah, dan Hadiah Sastera diadakan saban tahun untuk menggalakkan, menghargai, dan mengangkat martabat sastera tanah air, maka sudah tiba masanya persidangan seperti ini diadakan untuk memacu perkembangan sastera sesuai dengan wawasan dan cita-cita negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Tema persidangan ini ialah "Sastera Teras Pembangunan Negara Bangsa" dan semua kertas kerja dihasilkan berteraskan idea besar ini dengan diberi judul yang sama. Oleh yang demikian, pemakalah menyumbangkan idea mereka melalui beberapa tema yang ditetapkan bertujuan supaya perbincangan mengenai permasalahan dan hala tuju sastera kali ini dapat dilihat dari semua aspek kerana sastera bukan semata-mata menjadi santapan jiwa, tetapi mempunyai peranan yang lebih besar daripada itu, iaitu menajdi medium untuk membangunkan pemikiran dan rohani bangsa di sesebuah negara.

 
Product Details

Publisher,Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)