Satu Gulung Negatif
Publisher,Lejen Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
“Rakyat Malaysia disaran agar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, memberi perhatian kepada perasaan dan kehendak anak-anak dan sentiasa berkomunikasi agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif.” – Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Mengisah seorang novelis indie bernama Halmi. Dalam usaha untuk membikin novel yang kedua, Halmi mendapat khabar duka, bahawa novelnya yang pertama telah diharamkan penerbitannya oleh pihak berwajib. Bagi mendamaikan hati yang gundah, Halmi telah menerima tawaran kerja, yang muncul secara tiba-tiba sebagai fotografer peribadi bagi keluarga Ayah Borhan. Sepanjang bertugas, bermacam kejadian yang berlaku sehingga terbit daya kekreatifan di dalam benak Halmi untuk menovelkan kejadian-kejadian tersebut.
Sedikit demi sedikit, rahsia majikannya tersingkap. Halmi hanya memerlukan bukti bagi merungkaikan segalanya. Bukti yang berada di dalam satu gulung negatif. Sehingga, di luar kesedaran Halmi, dirinya sendiri telah menjadi salah satu watak utama dalam novel yang sedang dibikin.