Satu Kata Kunanti
Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Kapsyen: Antara
kita, takkan terwujud cinta.
Blurb:
Ucapkan. Jika benar ia terasa.
Ucapkan. Jika benar ia ada.
Ucapkan. Jika benar ia cinta.
Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta?
Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk
melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan,
Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh.
Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana
gelaran itu memang selayaknya buat seseorang bernama Haufa. Perasaan Harith
hanya sekadar alat permainan buat Haufa. Tiada belas kasihan. Tiada simpati.
Tiada istilah ‘menjaga hati’.
“Kalau you lepaskan picu tu, I pun akan buat
benda yang sama. You akan berkahwin dengan mayat I nanti!” — HAUFA AQIRA
“Kau terlambat, Haufa. Totally late.” —HARITH
AZREL
Apa daya, keadaan nyata sudah berbeza. Tidak
akan sama seperti dulu lagi.
Mengapa harus terciptanya pertemuan jika
pengakhirannya adalah sebuah perpisahan?
Haruskah Harith dan Haufa mengorbankan keegoan
mereka demi cinta?
Hanya kerana bayangan masa silam, tanpa sedar,
sisa waktu bahagia mereka telah disiakan bertahun lama. Sebaliknya yang tersisa
hanya kenangan.
Melupakan dan melepaskan bukan sesuatu yang
mudah, untuk kali ini, biarlah satu kata yang dinanti menjadi nyata.
“Remember that I told you, few years ago? For
now, can I say that... I did it?"
A true love never has an ending.