Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Muhammad ialah tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Cerpen, novel, dan esei beliau telah mendapat perhatian yang meluas. Pada tahun 1981, beliau menjadi tokoh pertama yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia.
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan tentang kemunculan saudagar-saudagar Melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda. Menerusi Novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama.
Novel ini merupakan salah satu sumbangan besar dan bermakna daripada Sasterawan Negara ini kepada dunia kesusasteraan Melayu.