Saya Kan Ada
Author: Marissa
ISBN: 9789670992235
Checking local availability
Title
RM22.00
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 390 g
No. of Pages,
Berada di dalam kapal terbang sepanjang penerbangan yang mungkin mengambil masa lebih kurang enam jam bersama sepupu yang aku kenal sejak kecil lagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang membosankan. Hairiz pandai bercerita dan pasti saja cerita-cerita tentang kenangan kami.
“Tahun ni awak dah dua puluh lapan tahun, kan?” soalku. Burger yang aku bawa sudah selamat sampai ke perut.
“Baru tahu ke?” soal Hairiz.
“Sebab tahulah saya sebut.”
“Kenapa tiba-tiba bercakap tentang umur saya pula?”
“Dah layak untuk kahwin kan? Rumah dah ada. Kereta dah ada. Kerja pun dah stabil.” Aku tidak tahu kenapa soalan itu aku ajukan bila kami berada tinggi di udara. Masa di bawah, tak pula mahu bertanya.
“Memang pun. Dah cukup layak.”
“Habis tu?”
“Kalau saya cakap saya tunggu awak macam mana?” bisiknya perlahan.
Aku senyum tawar. “Awak selalu macam ni. Bila saya serius bertanya, awak main-main.”
“Eh, saya tak main-main tau. Saya pun serius dengan jawapan saya. Kalau saya cakap saya tunggu awak, awak nak jawab apa?”
Aku pandang Hairiz dan Hairiz pandang aku.
“Mustahillah. Kita kan sepupu.”
“Kenapa dengan sepupu? Apa masalahnya kalau kita sepupu? Kita boleh kahwin. Tak ada sebab kenapa kita tak boleh kahwin.”
“Okeylah, kita jangan sebut lagi pasal kahwin ni.” Aku yang mencari pasal. Seperti tiada soalan lain yang hendak diajukan. Pasal kahwin juga yang aku jadikan bahan cerita.
“Kejap, saya tak faham. Kenapa kita berdua tak boleh kahwin?”