Saya Kenal Sayang Saya!

ISBN: 9789670246857
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Siapa kata tak kenal maka tak cinta? Bila dah kenal, lagi gila jadinya!

Segalanya bermula apabila Fakhri Wafiy yang dipaksa membuat part time di restoran abangnya bertembung dengan Nurul Damia semasa gadis itu kalut untuk masuk ke Restoran Seri Puteri. Pertembungan itu menyebabkan topi cef milik Damia terjatuh ke dalam baldi yang berisi air bekas mop lantai. Oh, sadis sungguh apabila melihat topi putihnya itu sedang berenang-renang di dalam air kotor. !

“Sebagai homework kau, aku nak kau bawa balik rumah topi tu basuh bersih-bersih, faham?! Jangan lupa letak Downy sekali. Kalau tak ada Downy, Softlan pun boleh. Yang penting, wangi!” - NURUL DAMIA

“Tapi apa pasal pula saya yang kena basuh? Saya memanglah pembantu Cik Damia tapi bukan orang gaji Cik Damia pun.” - FAKHRI WAFIY

Nurul Damia, seorang cef yang sudah lama menyimpan perasaan cinta untuk bosnya di restoran tempat dia bekerja, Fahim Rayyan. Rancangan untuk menggantikan tempat bakal tunang Fahim mengubah hidupnya seratus peratus apabila dia bertunang dengan Fahim tapi kahwin dengan Fakhri! Apa kes ni?

Walaupun mereka sudah disatukan, namun kehidupan mereka tetap tidak berubah. Seperti anjing dan kucing, sehari tidak bertekak, tidak sah! Namun, siapa sangka, dalam diam perasaan cinta dan sayang Damai mula teguh untuk si suami. Manakala bagi Fakhri pula, si isteri ini adalah cinta pertama dan terakhir buat dirinya.

Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Fakhri Wafiy bagaikan hilang nyawa apabila mendapat tahu sebuah rahsia yang selama ini kukuh dalam pengetahuan mamanya. Dia reda. Kalau dahulu untuk mendapatkan gadis itu, dia yang mencipta rancangan. Dan sekarang untuk membuang gadis itu, dia juga yang terpaksa membuat aturan.

“Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi, faham?! Aku harap kau fahamlah bahasa mudah yang aku guna ni. Aku benci tengok muka kau. Aku malu ada isteri yang lebih tua dan langsung tak menarik macam kau ni, Nurul Damia!” - FAKHRI WAFIY

“Fakhri… Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak curi hati saya sedangkan pada masa yang sama awak akan lukakannya? Kenapa buat saya sayang awak? Kenapa buat saya cinta awak? Kenapa buat saya kenal awak? Kenapa Fakhri? Kenapa?!” - NURUL DAMIA

Rahsia apa pula yang disembunyikan oleh mama Fakhri? Bagaimana pula dengan cinta Damia yang baru bercambah buat Fakhri? Semuanya dalam Saya Kenal Sayang Sayang!

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)