Saya Pilih Awak
Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
“Bahagia itu bukan memiliki apa yang kita cintai tetapi mencintai apa yang kita miliki.”
Durratul Ain penasaran. Cinta yang disulam bersama cinta hatinya selama tujuh tahun berhadapan dengan kemusnahan. Fakri bakal berkahwin dengan orang lain! Sampai hati Fakri. Kecewa dengan berita pernikahan Fakri menyebabkan Ain ambil keputusan untuk terima lamaran Puan Maziah, nenek Allissa.
Tambahan pula Ain dah tawar hati untuk meneruskan cintanya dengan Fakri bila hubungan mereka seakan tak direstui oleh emak Fakri. Kerana Allissa, Syed Muammar terpaksa menerima pernikahannya dengan Ain walaupun hatinya masih setia pada arwah isterinya. Ain hanya dianggap sebagai ibu kepada anaknya, bukan pengganti arwah isterinya. Tapi jodoh itu rahsia Allah. Layanan Ain terhadap Allissa dan keluarganya buat hati Syed Muammar tak dapat menolak rasa cinta yang mula bertandang. Ain juga turut rasakan perkara yang sama.
Pertemuan semula dengan Fakri membongkar segalanya. Tiada pernikahan yang berlangsung. Ain bingung.
Siapa punya angkara? Mampukah Ain berhadapan dengan dugaan demi dugaan yang menimpa dirinya?Mampukah dia pertahankan bahagia yang diimpikan selama ini?Mampukah Syed Muammar jadi yang terakhir di hatinya atau cinta pertama dari Fakri tetap jadi pilihannya?