Saya Pujuk Awak, Okey?

ISBN: 9789670448824
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Mulanya dikenali sebagai ‘pelesit SMK Jauhari' oleh abangnya dan kini lelaki itu bertukar status menjadi suaminya. Mikhail pula mengenali gadis itu sebagai adik ‘jin tanah', musuh abadi sejak dari zaman persekolahannya.

“Aku nak propose kau,” jawab Mikhail.

Luna ternganga, tidak faham. “Buat apa?”

“Nanti kalau orang tanya, senang kau nak jawab macam mana aku propose kau.” Jelas Mikhail.

“Perlu ke?”

“Perlu! Dah, banyak soal la kau ni. Nah, ambil ni!” Jambangan bunga tulip itu dihulur kepada Luna. “Ambil!”

Jambangan itu beralih tangan.

“And….” Mikhail menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak kecil. Dibukanya kotak itu dan isinya ditunjukkan kepada Luna.

Bulat mata Luna tatkala melihat cincin platinum yang dia tengok di kedai emas tempoh hari! RM2,999!

“Nur Luna, marry me. Kahwin dengan aku.”

“Memandangkan kau tak nak, aku prepare tilam lipat tu.” Mikhail menjuihkan mulutnya pada bungkusan tilam baru yang belum dibuka. “Jauh lebih selesa daripada cadar kat bilik kau tu. Thanks to me.”

“Meja kerja ni... aku tak guna sangat pun sebenarnya. You may use it anytime. Kau nak buat apa-apa, ikut suka hati kau. Kau nak tidur atas ni pun, aku tak larang. Thanks to me again.” Mikhail bangun dari duduknya.

“Rak buku ni....” Jari Mikhail menuding satu per satu buku yang tersusun rapi. “Aku tak pernah baca pun sebenarnya. Most of them, papa yang bagi. You may read them anytime. Thanks to me again.”

“Hijau pokok kerana klorofilnya, terang bulan kerana mataharinya, aman rumah tangga kerana suami isterinya, bahagia Mikhail kerana Lunanya.”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)