Saya Rindu Awak

ISBN: 9789671120804
Checking local availability
RM18.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

ADIBAH ANIS SOFEA, orangnya memang cantik, sopan dan manja. Sayangnya dia tidak tahu apa-apa. Serbuk kunyit dan serbuk kari pun dia tidak dapat bezakan apatah lagi kalau mahu suruh dia memasak. Tetapi yang kurang itulah telah membuka pintu hati Syed Kharil Imran. Yang tidak tahu apa-apa itulah yang membuatkan Syed Khairil Imran rindu selalu.

“Abang rindukan Dib.”

“Yek?”

“Serius, rindu gila.”

Bukan sekali dua Syed Khairil Imran memberi pembayang, tetapi si Adibah Anis Sofea tak mahu faham-faham. Sudahnya masing-masing menanggung seksa. Masing-masing menanggung rasa.

Namun yang manis-manis itu tak selamanya manis. ADIBAH ANIS SOFEA bukan mudah dilepaskan untuk orang sembarangan. Hajah Mona selaku nenek, hanya mahukan Adibah bersama ZACKWAN, cucu sulung Hajah Mona yang berkelulusan luar negara.

“Nenek nak kita nikah bulan depan.”

“No way!”

“Yes, weh. Abang serius ni. Bukan main-main. Jadi nak tak nak, boleh tak boleh, Dib kena balik dan buat serang balas. Kalau tidak, Dib jawab sendiri dengan Khairil.”

“Khairil tahu tentang benda ni?”

“Ya, Khairil pun tahu benda ni.”

“Habis apa kita nak buat?”

ZACKWAN juga tidak mahu dijodohkan dengan Adibah ketika hatinya masih ada Syazira. Namun siapa yang berani membantah keputusan Hajah Mona? Apakah yang manis-manis itu akan menjadi sejarah buat insan yang baru mengenali erti rindu itu? Akurkah Adibah dengan arahan Hajah Mona dan melupakan seluruh rasa cintanya buat Khairil? Saya Rindu Awak, akan menjawab semua persoalan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)