Sayang Awak Cinta Awak
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
PERTEMUAN pertama antara SHAHRUL HAIRI dan SALMIHA HAINI tidak dirancang. Pertemuan pertama juga meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati Shahrul Hairi. Pertemuan kedua di KLIA pula seakan-akan sukar dilenyapkan. Malahan sering menghantui setiap gerak langkahnya. Tangisan hiba dan kesayuan gadis itu benar-benar meruntun jiwa lelakinya.
Shahrul Hairi nekad, andai dia bertemu dengan gadis itu buat kali ketiga, dia akan melamar gadis itu sebagai permaisuri hidupnya. Namun hendak mendekati gadis impiannya bukanlah semudah yang dijangkakan. Bukan senang seperti yang digambarkan. Gadis itu terlalu sombong dan cengil.
“Cantik sangat ke bintang tu, sampai saya tegur buat tak tahu aje?” - Shahrul Hairi
“Kenapa awak nak menyibuk? Lantak saya la, nak tengok ke... Nak renung ke... Nak telan bintang tu sekalipun! Apa awak peduli?” - Salmiha Haini
Dan pertemuan ketiga menyebabkan Shahrul Hairi tidak melepaskan peluang. Masing-masing dilanda masalah yang harus diselesaikan dengan segera sekaligus menjadi batu loncatan untuk mereka melepaskan diri dari masalah yang membelenggu.
“Apa kata kita saling menolong? Saya tolong awak dan awak tolong saya.” - Shahrul Hairi
“Kalau awak nak jadi gila, jangan heret orang lain untuk sama-sama jadi miring macam awak boleh tak, cik abang handsome.” - Salmiha Haini
Shahrul Hairi sendiri pelik akan dirinya sendiri. Nak kata dirinya tak laku, tidak! Terdesak pun langsung tidak. Dia masih ada peminat dan sering menjadi buruan si gadis manis dan jelita. Tapi yang pelik bin hairannya, kenapalah balik-balik Si Salmiha Haini yang suka menjeling itulah yang menjadi pujaan hatinya?
Adakah itu namanya cinta? Haila... Pelik sungguh apabila melibatkan hati dan perasaan. Biar ditolak, biar ditengking sekalipun, dia tetap bertahan. Hatinya terlalu degil untuk mahu mengaku kalah. Ibarat berpantang ajal sebelum maut. Akan tetap kugapai dirimu wahai bintang hatiku… Mampukah dia mendapatkan cinta si pencuri hatinya itu jika si dia sering menolak dan menjauhkan diri?